Kawasan pemuliharaan dan laluan warisan di Bandaraya Ipoh / Che Wan Mohd Afandy C. W. Mohd and Mohd Ezanie Ismail

C. W. Mohd, Che Wan Mohd Afandy and Ismail, Mohd Ezanie (2011) Kawasan pemuliharaan dan laluan warisan di Bandaraya Ipoh / Che Wan Mohd Afandy C. W. Mohd and Mohd Ezanie Ismail. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian yang dijalankan ini ialah untuk mengkaji laluan dan bangunan - bangunan warisan di Bandaraya Ipoh. Pemuliharaan warisan di sesuatu bandar bukan hanya pemuliharaan bangunan sahaja tetapi ia juga merangkumi pemuliharaan kawasan persekitaran agar menjadi sebuah kawasan warisan. Kajian dibuat berdasarkan kepada isu dan masalah yang terdapat di dalam kawasan kajian iaitu penetapan sempadan kawasan warisan yang kurang jelas, penomboran bangunan warisan yang tidak mengikut kriteria kepentingan bangunan seperti usia dan tarikan serta laluan warisan yang sistematik kepada pelancong. Dalam kajian ini, pemuliharaan dibuat terhadap bangunan, monumen, kelompok bangunan bersejarah dan penyenaraian profil bangunan tersebut bagi mengetahui usia atau tahun dibina serta kegunaan bangunan dan lokasi kedudukan setiap bangunan. Selain itu, memetakan laluan lawatan juga dibuat bagi memberi kemudahan dan pengetahuan kepada pelawat terutama pelancong luar tentang laluan mana yang akan digunakan semasa lawatan kawasan warisan dibuat. Penomboran bangunan ialah untuk membuat penomboran yang betul berdasarkan usia bangunan tersebut. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah seperti kaedah inventori dan profil bangunan iaitu dengan menentukan lokasi dan keadaan bangunan warisan dengan merujuk profil bangunan. Selain itu, kaedah pengamatan juga telah digunakan dengan membuat pengamatan terhadap jalan - jalan yang mempunyai bangunan warisan di sebelah serta berpotensi untuk dijadikan sebagai laluan pergerakan pelawat. Penemuan yang diperolehi daripada kajian ialah penomboran bangunan dan juga pelan jejak warisan. Penomboran bangunan merujuk kepada terdapatnya nombor pada setiap bangunan warisan bagi mengetahui lokasi serta tahap keistimewaan bangunan tersebut. Analisis bagi penemuan ini dibuat berdasarkan kepada usia atau tahun dibina dan juga keistimewaan. la tidak berdasarkan lokasi serta jarak dari pintu masuk utama. Manakala, pelan jejak warisan merujuk kepada laluan yang akan digunakan oleh pelawat dalam membuat lawatan terhadap bangunan - bangunan warisan yang terdapat dalam pelan jejak warisan. Pelan jejak warisan dibuat dengan mengambil kira keselesaan pelawat serta tidak akan membazirkan masa pelawat semasa lawatan dibuat. Secara keseluruhan, hasil kajian diharap dapat memudahkan mana - mana pihak yang terlibat terutma pihak berkuasa dalam menentukan pengurusan serta perancangan pemuliharaan yang sesuai dan teratur.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69768.pdf]
Text
69768.pdf
Download (158kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics