Cepat kaki dan ringan tangan dalam memelihara alam: beri manfaat kepada tubuh badan / Farihana Abdul Razak

Abdul Razak, Farihana (2022) Cepat kaki dan ringan tangan dalam memelihara alam: beri manfaat kepada tubuh badan / Farihana Abdul Razak. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Alam sekitar sangat penting dalam melestarikan kehidupan manusia. Namun begitu, isu alam sekitar merupakan perkara yang tidak berpenghujung. Pelbagai kerosakan terhadap alam dilakukan oleh manusia sendiri sehinggakan sehelai tisu muka boleh dibuang melalui tingkap kereta. Belum lagi kisah melemparkan plastik bungkusan sisa makanan ke dalam sungai dan tentang pembuangan najis haiwan peliharaan di rumah jiran. Tahap keprihatinan manusia terhadap keadaan sekeliling bergantung kepada individu. Semak samun dan lalang di tepi rumah, bau sampah yang tidak menyenangkan, bangunan seperti dewan dan taman permainan yang dibiarkan rosak serta usang dan longkang tidak diselenggara boleh memberi implikasi yang tidak sihat kepada imej persekitaran dan tubuh badan individu yang tinggal berhampiran. Keadaan alam sekitar memberi kesan kepada kehidupan manusia. Oleh itu, kesedaran dalam memulihara dan menjaga alam sekitar perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Amalan yang baik dan berterusan akan sentiasa memberi manfaat. Kesihatan fizikal dan mental juga bertunjangkan kepada persekitaran yang baik. Persekitaran yang tercemar dan tidak dipelihara akan mengundang kepada pelbagai risiko penyakit.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Farihana
farihana@uitm.edu.my
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Kaki, ringan tangan, badan
Date: September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69762
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69762.pdf] Text
69762.pdf

Download (935kB)

ID Number

69762

Indexing

Statistic

Statistic details