Picky eater dan autism / Norfazlika Abdul Karim

Abdul Karim, Norfazlika (2022) Picky eater dan autism / Norfazlika Abdul Karim. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Apabila mencecah usia 6 bulan, ibu dan bapa seharusnya memperkenalkan makanan separa pejal kepada bayi mereka. Ini kerana, seiring dengan usianya, bayi memerlukan khasiat selain daripada susu ibu untuk membantu tumbesarannya. Setiap ibu dan bapa pasti teruja apabila bayi mereka sudah mencecah usia 6 bulan kerana ia merupakan satu perubahan yang besar dalam kehidupan seorang bayi. Apabila si manja sudah boleh mengambil makanan separa pejal, semestinya ibulah orang yang paling sibuk untuk menyediakan pilihan menu serta jadual pemakanan bagi bayi mereka. Mengimbau kembali kenangan ketika anak bongsu saya berusia 6 bulan, saya gemar menyediakan makanan bayi yang dimasak sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang segar. Sayur-sayuran dan buah-buahan organik adalah pilihan yang terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran. Puri buah-buahan adalah di antara pilihan menu yang sering saya sediakan untuk anak saya selain daripada puri sayur- sayuran dan bubur. Pada mulanya, anak saya menerima segala jenis makanan separa pejal yang diperkenalkan kepadanya sehingga dia berusia 1 tahun setengah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Karim, Norfazlika
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: Picky eater, autism, makanan separa pejal
Date: September 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69760
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69760.pdf] Text
69760.pdf

Download (689kB)

ID Number

69760

Indexing

Statistic

Statistic details