Kolej kediaman sebagai keperluan semasa dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelajar di UiTM Perak / Muhammad Fadhil Bahrin

Bahrin, Muhammad Fadhil (2012) Kolej kediaman sebagai keperluan semasa dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelajar di UiTM Perak / Muhammad Fadhil Bahrin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Modal insan menjadi fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tidak terkecuali juga kepada pengurusan kolej kediaman. Kolej kediaman merupakan tempat utama bagi kebanyakan pelajar menghabiskan masa selain daripada di fakulti. Selain daripada menyediakan kemudahan dan perkhidmatan penginapan dan makanan kepada pelajar, kolej kediaman juga bertindak menyediakan program pembangunan dan kepimpinan pelajar. Kajian akhir ini membincangkan kepentingan kolej kediaman di Universiti Teknologi MARA Perak terhadap pelajar dalam memperkasakan modal insan. Kolej kediaman yang terdapat di UiTM Perak adalah Kolej Cempaka Sari, Kolej Indera Mulia, Kolej Indera Sakti dan Kolej Pasir Salak. Kolej Sen Manjung pula merupakan kolej yang berperanan dalam menyelia pelajar yang menetap di luar kampus. Hasil analisis menunjukkan kebanyakkan pelajar memilih untuk menetap di kolej kediaman berbanding menetap di luar kawasan kampus dengan menyewa rumah. Faktor kos sara hidup yang tinggi manjadi alasan utama ramai pelajar memilih untuk menetap di kolej kediaman. Sebagai contoh, kos pengangkutan membebankan mereka terutamanya pelajar yang menetap di luar kampus yang mana mereka berulang-alik daripada rumah sewa untuk ke kelas pada setiap hari. Beberapa cadangan dirangka bagi mangatasi masalah tersebut dengan meningkatkan lagi peranan pihak pengurusan UiTM Perak dalam menyediakan kemudahan penempatan kepada pelajar untuk memberi taraf kehidupan yang selesa dan lebih berkualiti kepada mereka. Sampel kajian dipilih secara rawak dan sebanyak 201 set borang soal selidik telah diedar. Responden kajian terdiri daripada pelajar UiTM Perak yang menetap di dalam kampus dan pelajar yang bukan menetap di dalam kampus. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bahrin, Muhammad Fadhil
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Wan Omar, Wan Rabiah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Community colleges
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Kolej kediaman, UiTM Perak, kehidupan
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69757
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69757.pdf] Text
69757.pdf

Download (150kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69757

Indexing

Statistic

Statistic details