Kajian tempat letak kereta yang bersesuaian dengan konsep kampus selamat: kajian kes Universiti Teknologi MARA (Perak) Seri Iskandar / Hafizah Abd Aziz and Zamila Zamri

Abd Aziz, Hafizah and Zamri, Zamila (2011) Kajian tempat letak kereta yang bersesuaian dengan konsep kampus selamat: kajian kes Universiti Teknologi MARA (Perak) Seri Iskandar / Hafizah Abd Aziz and Zamila Zamri. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kepesatan pembangunan di negara ini telah menyebabkan pemilikan dan penggunaan kereta persendirian di Malaysia telah meningkat dengan mendadak. Kesan secara langsung dengan peningkatan bilangan kereta ialah permintaan yang tinggi terhadap ruang tempat letak kereta, terutamanya di kawasan bandar. Kemudahan tempat letak kereta didefinisikan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebagai 'Ruang yang disediakan secara terancang sebagai tempat untuk meletak kereta ataupun kenderaan kenderaan lain.' Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tempat letak kereta yang bersesuaian dengan konsep Kampus Selamat di dalam UiTM (Perak). Kajian ini dijalankan melalui dua kaedah iaitu kaedah pengamatan dan juga kaedah kajiselidik. Kaedah pengamatan dijalankan oleh pengkaji semasa di tapak kajian. Pengkaji melihat kepada lokasi, keadaan, jenis serta jumlah tempat letak kereta yang disediakan. Selain itu, pengkaji juga menjalankan kajian Kiraan Kumulatif di mana pengkaji perlu mengira bilangan kereta yang keluar masuk kawasan tempat letak kereta pada satu-satu masa yang telah ditetapkan. Kaedah kajiselidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajiselidik pelajar dan kajiselidik kakitangan. Kajiselidik pelajar telah dijalankan kepada 80 orang sampel pelajar daripada 800 orang pelajar UiTM (Perak) yang membawa kereta ke UiTM (Perak). Selain itu, 19 sampel kakitangan juga dipilih untuk menjalankan kajiselidik ini. Jumlah ini mewakili 10 peratus daripada jumlah kakitangan dan pelajar UiTM (Perak) yang membawa kereta ke dalam UiTM (Perak). Penemuan kajian mendapati jumlah kereta berdaftar melebihi jumlah ruang tempat letak kereta yang disediakan di dalam UiTM Perak. Jumlah kereta berdaftar adalah sebanyak 1198 buah sementara ruang tempat letak kereta yang disediakan adalah 1166 ruang tempat letak kereta. Mengikut kepada garis panduan, bilangan ruang tempat letak kereta yang perlu disediakan adalah sebanyak 1464 ruang tempat letak kereta. Ini menunjukkan ruang tempat letak kereta yang disediakan di dalam UiTM Perak kurang sebanyak 298 ruang tempat letak kereta. Mengikut kepada kajiselidik pula, jumlah menyatakan sederhana setuju dengan kecukupan ruang tempat letak kereta. Selain itu, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, hanya terdapat 717 ruang tempat letak kereta yang digunakan. Selainnya, pemilik kereta lebih gemar meletakkan kereta di pinggir - pinggir jalan.yang berhampiran dengan bangunan akademik / destinasi tujuan. Isu yang dikenalpasti ialah tempat letak kereta UiTM Perak masih kurang jika dilihat berdasarkan garis panduan, kekurangan laluan pejalan kaki berbumbung, kekurangan lanskap di kawasan tempat letak kereta, peningkatan jumlah kereta yang dibawa oleh pelajar dari masa ke semasa serta penetapan dasar tempat letak kereta yang telah dikeluarkan oleh UiTM Perak.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Aziz, Hafizah
UNSPECIFIED
Zamri, Zamila
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd. Shukor, Idrus
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Parking facilities. Including parking lots and parking garages
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: tempat letak kereta, kampus selamat, UiTM Perak
Date: 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69753
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69753.pdf] Text
69753.pdf

Download (184kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

69753

Indexing

Statistic

Statistic details