Program Cantas Gagal (PROCAGA) 2021 (Siri1) “Math is Fun” / Roziah Keria

Keria, Roziah (2021) Program Cantas Gagal (PROCAGA) 2021 (Siri1) “Math is Fun” / Roziah Keria. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.
Abstract

Program PROCAGA 2021 "Math is Fun" telah dijalankan pada 9 April 2021 di Bilik Seminar Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Pulau Pinang yang disertai oleh 17 pelajar diploma ECHO. Program dijalankan secara bersemuka dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Lima (5) orang fasilitator dari Fakulti Sains dan Matematik dijemput untuk berkongsi tips penyelesaian matematik mudah bagi pelajar yang gagal matematik pada semester lepas. Tujuan utama program ini ialah untuk membantu pelajar menambahbaik pengetahuan dan kemahiran matematik pelajar, di samping dapat menjana kecemerlangan akademik selaras dengan hasrat UiTM melahirkan modal insan yang berkualiti. Program ini secara amnya mendedahkan pelajar tentang teknik pantas menggunakan formula atau Kalkulator Saintifik dengan lebih cepat dan efisyen. Diharap program ini dapat membantu golongan pelajar ini supaya lebih mahir dalam asas matematik. Diharap semua pelajar yang terlibat akan berjaya menjawab soalan-soalan ujian dan peperiksaan matematik dan subjek kejuruteraan awam berasaskan matematik pada masa yang akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69728.pdf]
Text
69728.pdf
Download (148kB)
Indexing & Metrics