Pek ceria raya Syawal buat pelajar PKA yang beraya di kampus / Nurhidayati Mat Daud

Mat Daud, Nurhidayati (2021) Pek ceria raya Syawal buat pelajar PKA yang beraya di kampus / Nurhidayati Mat Daud. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP.
Abstract

LAMAN PERDANA, 13 Mei 2021 - Demi tuntutan ilmu seramai 87 orang pelajar PKA tidak pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, keprihatinan pensyarah - pensyarah PKA dapat sedikit sebanyak menceriakan suasana hari raya pelajar - pelajar tersebut. Tabung sumbangan telah dilancarkan di kalangan warga PKA. Pada 1 Syawal, Majlis Penyampaian pek ceria syawal telah diadakan di laman perdana. Kebanyakan pelajar yang tidak pulang beraya berasal dari Sabah dan Sarawak. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pusat PKA itu turut dihadiri oleh beberapa pensyarah lain yang ingin sama - sama menceriakan suasana raya pelajar - pelajar tersebut. Walaupun diadakan mengikut garis panduan aktiviti sosial semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), acara penyampaian pek ceria syawal kepada pelajar diadakan dalam suasana meriah. Pelajar - pelajar berpeluang merasai keenakan juadah raya walaupun berhari raya tanpa keluarga tercinta. Antara menu yang disediakan di dalam pek ceria syawal termasuk nasi beriyani udang, ketupat palas, rendang ayam, kuih raya dan minuman. Majlis juga dimeriahkan dengan penyampaian duit raya kepada para pelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69720.pdf]
Text
69720.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics