Kawasan bebas cukai: penilaian menyeluruh di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Kelantan Darul Naim / Amran Daud ... [et al.].

Daud, Amran and Ishak, Baharuddin and Che Yusoff, Che Muhammad Nor and Khamis, Razali (1995) Kawasan bebas cukai: penilaian menyeluruh di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Kelantan Darul Naim / Amran Daud ... [et al.]. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Kawasan Bebas Cukai di Malaysia secara rasmi telah wujud dengan pembukaan Kawasan Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 15 Januari 1988 dan diikuti dengan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, Kelantan pada 15 Oktober 1989. Kawasan Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam terletak di antara Kompleks Imigresen/Kastam dan pagar sempadan Malaysia-Thailand. Kawasan ini dikendalikan oleh Syarikat Cergas Jaya Sendirian Berhad dan luas kawasannya ialah 5.03 ekar. la mempunyai satu pintu masuk dan satu pintu keluar. Terdapat tiga jenis gerai dalam kawasan ini. Gerai jenis pertama menjual barangan import terutama barang-barang elektrik yang diselenggarakan sendiri oleh Syarikat Cergas Jaya Sendirian Berhad. Jenis kedua merupakan 30 buah gerai kecil menjual barang-barang seperti pakaian, kasut, barang-barang mainan untuk kanak-kanak dan lain-iain barangan buatan Thailand. Gerai jenis ketiga terdiri daripada 18 buah gerai yang menjual buah-buahan dari Thailand. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor pula terletak bertentangan dengan Kompleks Imigresen dan dikelilingi oleh dua lapis pagar chain-ink hijau. Kawasan Bebas Cukai ini dikendalikan oleh Majlis Daerah Tumpat dan luas kawasannya meliputi 6.25 ekar. la mempunyai enam pintu keluar masuk. Terdapat beberapa jenis bangunan dalam kawasan ini. Bangunan pasar menjual barang-barang seperti buah-buahan, makanan dan

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69690.pdf]
Text
69690.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics