Malaria monyet: ancaman baharu kepada manusia / Dr Nurhamimah Zainal Abidin

Zainal Abidin, Nurhamimah (2022) Malaria monyet: ancaman baharu kepada manusia / Dr Nurhamimah Zainal Abidin. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Malaria adalah antara penyakit yang berjangkit di negara kita dan juga tersebar luas di peringkat global. Punca utama Malaria adalah disebabkan terjadinya gigitan nyamuk bergenus Anopheles dimana ia mengandungi sejenis parasit dari genus Plasmodium spp. Terdapat juga beberapa spesies yang lain menyebabkan Malaria manusia antaranya adalah dari spesis P. vivax, P. malariae, P. falciparum dan P. ovale. Malaysia kini dalam fasa menuju ke arah status eliminisasi malaria atas keberkesanan pelaksanaan program- program kawalan malaria sejak tahun 1961 lagi seperti Program Eradikasi Malaria, Program Kawalan Malaria dan Pelan Strategik Eliminisasi Malaria Kebangasaan 2011-2020. Atas usaha-usaha pencegahan dan juga inovasi serta strategi pengurusan kes dan kawalan vektor yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kes malaria manusia ini makin berkurangan dan sejak tahun 2018 hingga kini, Malaysia masih mengekalkan sifar kes malaria manusia jangkitan tempatan. Namun begitu, dengan penurunan kes malaria manusia di Malaysia sebaliknya berlaku ancaman baharu yang serius yang lain iaitu malaria monyet yang bersifat zoonotik kepada negara kini (Rajah 1). Dengan pendedahan terhadap kehadiran sejenis parasit yang ditularkan dari monyet (beruk/kera) sebagai perumah semula jadi (‘natural host’) dan ia juga menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk jenis Anopheles spp.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69668.pdf]
Text
69668.pdf
Download (867kB)
Indexing & Metrics