Kesedaran perubahan iklim melalui permainan komputer / Ts. Dr. Ratna Zuarni Ramli and Chm. Nurul Ain Jamion

Ramli, Ratna Zuarni and Jamion, Chm. Nurul Ain (2022) Kesedaran perubahan iklim melalui permainan komputer / Ts. Dr. Ratna Zuarni Ramli and Chm. Nurul Ain Jamion. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Secara ringkasnya perubahan iklim boleh ditakrifkan sebagai peningkatan suhu atau pemanasan global. Kemarau panjang, banjir lumpur dan kepupusan hidupan marin adalah antara faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan iklim. Persoalan utama berkaitan perubahan iklim ini adalah bagaimana suhu semasa menjadi begitu tinggi? Mengungkap jawapan secara saintifik atau ilmiah kepada persoalan ini adalah berdasarkan proses kitaran karbon. Kitaran karbon ialah kitaran atom karbon secara berulang dari atmosfera ke bumi. Proses alam semula jadi dan aktiviti manusia menghasilkan gas karbon dioksida (CO2). Kehadiran lebihan gas CO2 di atmosfera adalah punca utama peningkatan haba yang melampau dan seterusnya menjejaskan suhu dunia (Omer, 2008; Diffenbaugh dan Scherer, 2011, Patz et al., 2014).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69643.pdf]
Text
69643.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics