Dari meja Koordinator / Dr. Mohd Muzafa Jumidali

Jumidali, Mohd Muzafa (2021) Dari meja Koordinator / Dr. Mohd Muzafa Jumidali. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan.
Identification Number (DOI): Bil 01
Abstract

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNYA Buletin Jabatan Sains Gunaan (JSG) 2021 ini berjaya diterbitkan. Penerbitan buletin ini adalah sangat penting sebagai salah satu platform perkongsian maklumat berkenaan aktiviti- aktiviti yang telah dianjurkan oleh JSG sepanjang sesi 2020. Justeru, penerbitan buletin ini adalah untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan JSG agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua unit penerbitan JSG dan semua ahli sidang redaksi kerana telah berjaya menerbitkan Buletin JSG Edisi 2021 ini. Usaha murni ini merupakan satu saluran kepada pensyarah JSG khasnya untuk menghasilkan penulisan ilmiah dan kajian mereka. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat memperkembangkan profesionalisme, malah menghasilkan pensyarah yang mampu memberi sumbangan dalam bidang penulisan ilmiah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69522.pdf]
Text
69522.pdf
Download (260kB)
Indexing & Metrics