Lawatan akademik dari Universitas Indonesia / Nor Aimi Abdul Wahab

Abdul Wahab, Nor Aimi (2020) Lawatan akademik dari Universitas Indonesia / Nor Aimi Abdul Wahab. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan.
Identification Number (DOI): Bil 01
Abstract

Pada 22 Februari 2019, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima kunjungan dua penyelidik daripada Indonesia . Program lawatan akademik ini telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer & Matematik. Kunjungan oleh Profesor Dr. Saktioto daripada Fakulti Sains Universitas Riau dan Profesor Madya Dr.Okfalisa dari Fakulti Sains dan Teknologi UIN Suska Riau ini adalah bertujuan untuk berkongsi hasil penyelidikan dan mencari peluang kolaborasi bersama staf Jabatan Sains Gunaan dan Jabatan Sains Komputer dan Matematik.Antara agenda yang dibincangkan semasa lawatan ini berlangsung adalah berkenaan jaringan kolaborasi penyelidikan bersama UiTM serta perkongsian hasil penyelidikan. Profesor Dr. Saktioto membentangkan hasil penyelidikan bertajuk “Metamaterials Charecteristic, Process and Application, Metaobject” manakala Profesor Madya Dr. Okfalisa membentangkan hasil penyelidikan bertajuk “Integrated Knowledge Management System in E-leraning. Selain daripada itu, turut diadakan lawatan ke Makmal Jabatan Sains Gunaan, “Smart Classroom”, dan “Big Data Lab”. Kunjungan ini diharap dapat membantu mempertingkatkan lagi penyelidikan di kalangan staf Jabatan Sains Gunaan dan juga membuka ruang dan peluang untuk kolaborasi antarabangsa bersama penyelidik dari Indonesia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69135.pdf]
Text
69135.pdf
Download (481kB)
Indexing & Metrics