Program pensijilan SQL Accounting Software oleh E Stream MSC Sdn Bhd: Satu pertambahan nilai untuk graduan bagi memenuhi permintaan sektor pekerjaan yang semakin mencabar / Amariah Hanum Hussin

Hussin, Amariah Hanum (2022) Program pensijilan SQL Accounting Software oleh E Stream MSC Sdn Bhd: Satu pertambahan nilai untuk graduan bagi memenuhi permintaan sektor pekerjaan yang semakin mencabar / Amariah Hanum Hussin. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Subjek Accounting Information System (AIS615) memerlukan pelajar untuk mempelajari SQL Accounting Software dan akan diambil kira dalam penilaian berterusan sebanyak 20%. Pelajar akan didedahkan dengan cara menyediakan akaun syarikat yang komprehensif dengan menggunakan perisian SQL ini. Oleh yang demikian, bagi memantapkan lagi penyampaian kuliah dan sebagai salah satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Fakulti Perakaunan UiTM Seremban mengambil inisiatif untuk menganjurkan Certification by SQL Accounting Software in Collaboration with E Stream MSC Sdn Bhd: A New Added Value for Graduates to Meet High Market Demand.
Jalinan kerjasama yang baik di antara Fakulti Perakaunan UiTMCNS Kampus Seremban dan industri yang membangunkan sistem SQL Accounting Software iaitu E Stream MSC Sdn Bhd telah memberi impak yang besar kepada pelajar yang mengambil subjek AIS 615. Melalui kerjasama ini, pelajar yang telah selesai mempelajari sQl software akan mengambil peperiksaan di mana fail perisian pelajar akan disemak oleh pihak SQL dan seterusnya menganugerahkan sijil kepada pelajar yang layak. Penganjuran program ini adalah sebagai langkah inisiatif pensyarah untuk melaksanakan inovasi pembelajaran dan juga menambah nilai bagi memperluaskan lagi bidang kerjaya yang boleh diceburi bagi pelajar selepas bergraduat di samping bagi memupuk minat pelajar mempelajari subjek ini. Selain itu program ini juga mendapat jalinan kerjasama yang amat baik antara pihak Universiti dan industri yang turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan graduan yang dapat memenuhi permintaan industri dalam sektor pekerjaan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hussin, Amariah Hanum
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN 3
ISSN: 2805-4539
Keywords: Program pensijilan SQL, Accounting Software, Fakulti Perakaunan, UiTM
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68548
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68548.pdf] Text
68548.pdf

Download (611kB)

ID Number

68548

Indexing

Statistic

Statistic details