Kepentingan penyata penyesuaian bank untuk perniagaan milikan tunggal atau perseorangan / Rafizan Abdul Razak

Abdul Razak, Rafizan (2022) Kepentingan penyata penyesuaian bank untuk perniagaan milikan tunggal atau perseorangan / Rafizan Abdul Razak. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Perniagaan milikan tunggal atau perseorangan merupakan satu jenis perniagaan yang banyak beroperasi di Malaysia. Perniagaan jenis ini agak mudah ditubuhkan dan tidak perlu mematuhi banyak peraturan seperti Akta Syarikat 2016 yang ditetapkan untuk jenis-jenis perniagaan yang lain seperti syarikat sendirian berhad atau syarikat berhad. Walaupun tidak terikat dengan banyak peraturan, pemilik perniagaan mestilah mempunyai rekod kewangan yang kemas dan sistematik untuk menilai prestasi perniagaan. Salah satu aspek yang penting adalah menyimpan buku tunai rekod pembayaran atau penerimaan dan penyata penyesuaian bank. Setiap bulan rekod penyata bank akan diberikan kepada semua pemegang akaun oleh bank. Rekod ini akan menunjukan semua transaksi aliran masuk dan keluar wang tunai di bank. Apabila penyata bank ini telah dijana oleh pihak bank pemilik akaun perlu menyemak semua transaksi dipaparkan untuk memastikan rekod yang disimpan dalam buku tunai perniagaan sama seperti dalam penyata bank diterima. Sekiranya pemilik perniagaan mendapati terdapat perbezaan dalam rekod maka penyata penyesuaian bank perlu disediakan untuk mengenal pasti apakah yang menyebabkan berlaku perbezaan tersebut. Pemilik perniagaan tunggal tidak boleh menganggap perkara ini tidak penting untuk diteliti walaupun telah menjalankan dan mengawal aktiviti perniagaan mereka secara mutlak.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Razak, Rafizan
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN 3
ISSN: 2805-4539
Keywords: penyata penyesuaian bank, milikan tunggal, Akta Syarikat 2016
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68546
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68546.pdf] Text
68546.pdf

Download (275kB)

ID Number

68546

Indexing

Statistic

Statistic details