OPR naik? Apa yang patut kita tahu / Ja’izah Abdul Jabar and Wan Mardyatul Miza Wan Tahir

Abdul Jabar, Ja’izah and Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza (2022) OPR naik? Apa yang patut kita tahu / Ja’izah Abdul Jabar and Wan Mardyatul Miza Wan Tahir. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.
Abstract

Kenaikan ‘Overnight Policy Rate’ (OPR) atau kadar dasar semalaman menjadi antara topik ekonomi terkini yang hangat dibincangkan, bukan hanya di kalangan sarjana dan pakar ekonomi, bahkan rakyat jelata. Kenaikan daripada 1.75% kepada 2.00% bukanlah yang tertinggi dalam sejarah ekonomi negara (pernah mencapai 3.5% pada 2008), namun himpitan ekonomi kesan daripada pandemik menyebabkan keluh kesah rakyat kian berpanjangan. Kesan kenaikan ini pastinya menjadi beban baru golongan B40, sementelah M40 juga merasa tempiasnya. Jika begitu, apa relevannya keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara yang bertindak sebagai ‘approver’ dalam isu ini? Justeru, kefahaman secara ‘total’ diperlukan untuk memastikan sembang-sembang berkaitan OPR ini disokong oleh fakta kukuh dan bukan melalui spekulasi terbabas sendiri. Mari kita fahami kesan kenaikan OPR secara lebih holistik yang merangkumi sudut pandang kedua-dua belah pihak, pelaksana dan rakyat jelata

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68426.pdf]
Text
68426.pdf
Download (509kB)
Indexing & Metrics