Kerusi sandar dua kaki untuk penoreh getah / Zailey Mat Zain

Mat Zain, Zailey (2004) Kerusi sandar dua kaki untuk penoreh getah / Zailey Mat Zain. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

lndustri pertanian moden merupakan salah satu penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi dalam Negara untuk hari ini. Namun begitu, industri ini tidak diberi penekanan khusus jika dibandingkan dengan sektor-sektor industri lain.Pertanian getah adalah salah satu contoh dalam sektor pertanian yang banyak menyumbang kepada ekonomi Negara Malaysia. Terlalu banyak dan luas penggunaan getah di Negara kita ini malah kita menjadi diantara sebuah Negara terbesar dalam import dan eksport getah. Disebalik kejayaan itu, masih banyak sebenarnya kekurangan yang ada untuk melancarkan lagi kerja-kerja diladang getah itu. Salah satunya ialah tiadanya tempat rehat khas untuk penoreh berehat.. Dalam setiap pekerjaan, kita memerlukan ruang atau tempat rehat dan ianya haruslah mempunyai rasa keselesaan kepada pengguna. Sehingga ke hari ini · ,kita jarang sekali mendengar perindustrian perabot digabungkan dalam sektor pertanian ini terutama sekali dalam pertanian getah. kurangnya pendedahan dan tiada pihak yang berani tarnpil untuk memajukan dan menggabungkan unsur-unsur perabot dalam pertanian menjadi antara punca utama berlakunya masalah ini Bagi memajukan lagi industri perabot dalam sektor pertanian, satu perabot seperti kerusi sandar perlu dicipta atau direka khusus untuk pekerja di ladang getah agar pekerja penorehan getah mendapat tempat rehat yang lebih selesa untuk berehat selepas waktu menorah. Oleh itu satu kajian akan dijalankan untuk mengatasi masalah ini. la secara tidak langsung dapat menggabungkan dan memajukankan industri perabot ini dalam sektor pertanian yang semakin menuju ke arah dunia globalisasi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68242.pdf]
Text
68242.pdf
Download (165kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Sg Petani, Kedah
Item Status
Processing
Indexing & Metrics