Kecenderungan mahasiswa bumiputera untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya: kajian kes di UiTM Pahang / Rozieana A. Halid@ Khalid … [et al.]

A. Halid@ Khalid, Rozieana and Suhaimi, Mazlina and Hashim, Hasnizawati and Abd Aziz, Mohd Norafizal (2008) Kecenderungan mahasiswa bumiputera untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya: kajian kes di UiTM Pahang / Rozieana A. Halid@ Khalid … [et al.]. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research Social Sciences, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.
Abstract

Keusahawanan adalah antara apek kemahiran yang perlu ada pada setiap graduan sama ada dalam bidang sains dan teknologi mahupun pengurusan. Kemahiran ini perlu dididik sejak dari peringkat awal khususnya pada tahap persekolahan agar kecenderungan terhadap minat terhadap keusahawanan ini mampu dikuasai apabila mereka dewasa. Pihak kerajaan sendiri telah menyediakan banyak ruang dan galakan untuk menambahkan lagi penguasaan bumiputera dalam bidang ini. Namun, sejauh manakah pelajar bumiputera mempunyai kecenderungan terhadap bidang keusahawanan? Kajian ini dilakukan untuk melihat kecenderungan bakal graduan UiTM Pahang terhadap keusahawanan sebagai pilihan kerjaya mereka. Kajian ini juga akan mengupas sejauh manakah minat dan kecenderungan graduan terhadap keusahawanan di samping mengenal pasti faktor-faktor menarik dan menolak minat graduan terhadap bidang keusahawanan di dalam kerjaya mereka. Di samping itu, kajian ini turut melihat pemilihan bidang keusahawanan yang dipilih oleh graduan untuk dijadikan sebagai kerjaya tetap mereka. Data yang diambil melalui soal-selidik telah dianalisa menggunakan perisian SPSS dan hasil serta kesimpulan terhadap kajian dapat dirumuskan dan pencapaian objektif kajian ini akan dapat dilihat untuk dijadikan panduan kepada organisasi mahupun kerajaan untuk mempertingkatkan usaha, sama ada dalam bentuk pinjaman modal mahupun kursus-kursus yang berkaitan dengan aspek keusahawanan untuk melonjakkan lagi pencapaian bumiputera dalam bidang keusahawanan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 68277.PDF]
Text
68277.PDF
Download (4MB)
Indexing & Metrics