Motivasi kesukarelawanan: kajian kes terhadap sukarelawan Sahabat Telekung Kuantan (STK) / Suhanom Mohd Zaki … [et al.]

Mohd Zaki, Suhanom and Mustafa, Lily Mazlifa and Ramli, Noor Affeeda and Ismail, Mardhiah and Mohd Khazaai, Siti Norhafiza and Ahmad, Siti Hasziani (2015) Motivasi kesukarelawanan: kajian kes terhadap sukarelawan Sahabat Telekung Kuantan (STK) / Suhanom Mohd Zaki … [et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Malaysia merupakan salah satu negara membangun yang diiktiraf paling pemurah dalam menghulurkan bantuan kebajikan. Kenyataan ini dibuktikan melalui penyenaraian Malaysia di tangga ke-7 dalam Indeks Penyumbang Dunia 2014, berbanding di tangga ke-71 pada tahun sebelumnya. Ini jelas menunjukkan bahawa penglibatan terhadap kegiatan kesukarelawanan semakin mendapat tempat di kalangan warga Malaysia. Individu yang terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan memperolehi pelbagai manfaat melalui pengalaman langsung di mana tugas atau kerja yang dilakukan secara amali ini akhirnya membentuk keperibadian yang tinggi dan menjadikan individu tersebut lebih peka terhadap kehidupan dan pandangan individu yang lain. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor motivasi kesukarelawanan di kalangan sukarelawan berbangsa Melayu. Seterusnya kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi dan sikap sukarelawan terhadap kegiatan kesukarelawanan. Seramai 51 orang sukarelawan Sahabat Telekung Kuantan (STK) yang keseluruhannya wanita berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi responden kajian dan borang soalselidik telah diedarkan. Hasil kajian mendapati faktor utama penglibatan sukarelawan dalam STK adalah kerana ianya tidak memerlukan ilmu dan kemahiran yang khusus, ditambah pula dengan keberkesanan promosi yang dilakukan pihak pengurusan STK. Selain itu, faktor agama turut menjadi pendorong utama kepada penglibatan sukarelawan dalam STK. Kajian ini juga berjaya mengenalpasti persepsi dan sikap yang positif terhadap aktiviti kesukarelawanan di kalangan sukarelawan STK.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zaki, Suhanom
suhanom@pahang.uitm.edu.my
Mustafa, Lily Mazlifa
mazlifa@pahang.uitm.edu.my
Ramli, Noor Affeeda
affeeda@pahang.uitm.edu.my
Ismail, Mardhiah
marismael@pahang.uitm.edu.my
Mohd Khazaai, Siti Norhafiza
ctnorhafiza@pahang.uitm.edu.my
Ahmad, Siti Hasziani
Hasziani@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Communities > Social participation
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > Voluntarism (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 387-396
Keywords: Kesukarelawanan, Motivasi, Sukarelawan, Sahabat Telekung Kuantan
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68203
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68203.PDF] Text
68203.PDF

Download (4MB)

ID Number

68203

Indexing

Statistic

Statistic details