Kenapa saya suka mengembara bersama anak-anak walaupun mereka masih kecil? / Ida Haryanti Mohd Noor

Mohd Noor, Ida Haryanti (2021) Kenapa saya suka mengembara bersama anak-anak walaupun mereka masih kecil? / Ida Haryanti Mohd Noor. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Hobi yang dipilih juga mempunyai keunikan masing-masing. Saya juga mempunyai pelbagai hobi dan antara hobi yang paling saya minati ialah melancong. Aktiviti melancong ini melibatkan pengembaraan di pelbagai tempat menarik sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Pengembaraan ke tempat-tempat menarik ini bukan sahaja melibatkan saya dan suami, malahan ianya turut disertai oleh anak-anak dan kadang-kadang ahli keluarga yang lain. Walaupun terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan penglibatan anak-anak terutamanya yang masih kecil dalam aktiviti melancong dengan pelbagai alasan yang tersendiri, namun ianya tidak pernah mematahkan semangat kami untuk membawa anak-anak bersama semasa melancong. Tidak dinafikan, perasaan gementar dan takut pasti menjelma apabila memikirkan semula perancangan kami untuk membawa anak-anak melancong. Namun, melihat pada kebaikan dan faedah yang bakal diperolehi oleh anak-anak hasil daripada aktiviti melancong, perasaan teruja dan tidak sabar mula berkocak di benak fikiran. Hakikatnya, membawa anak-anak semasa melancong bukanlah suatu mimpi ngeri, cuma, perancangan yang rapi dan teratur perlu dilakukan bagi memastikan sebarang masalah yang mungkin akan berlaku dapat diminimumkan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Noor, Ida Haryanti
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN 1
ISSN: 2805-4539
Keywords: melancong, pengembaraan, hobi
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68172
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68172.pdf] Text
68172.pdf

Download (1MB)

ID Number

68172

Indexing

Statistic

Statistic details