Minat terhadap keusahawanan: kajian kes 'business day' / Norulhuda Tajuddin … [et al.]

Tajuddin, Norulhuda and Mohd Zaki, Suhanom and Asmui, Mas'udah and Zulkofli, Adhwa Zulhilmi (2015) Minat terhadap keusahawanan: kajian kes 'business day' / Norulhuda Tajuddin … [et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.

Abstract

Usaha memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar di institut pengajian tinggi seluruh Malaysia telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Pelajar kini lebih berkeyakinan dalam menguruskan perniagaan mereka sendiri dengan hasil bantuan dan sokongan pihak universiti yang menyediakan pelbagai program sokongan keusahawanan. Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mengadakan satu acara yang dikenali sebagai "Business Day" bagi pelajar yang mengambil kursus Creative and Critical Thinking (MGT315). Dalam acara ini para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan dikehendaki menjual pelbagai barangan dalam tempoh sehari. Melalui usaha ini para pelajar mendapat pendedahan dalam menguruskan perniagaan termasuk pemasaran, pemilihan produk dan kewangan sebagai pengalaman sebenar dan peratusan kecil di ambil dari jualan untuk disumbangkan kepada Projek Iqra'. Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji perilaku dan persepsi pelajar terhadap acara Business Day dan kursus MGT315. Kesemua pelajar yang mendaftar subjek ini adalah diambil sebagai responden dan soal selidik yang dirangka khusus untuk kajian kes ini digunakan sebagai kaedah penyelidikan. Kajian statistik ringkas digunakan untuk menerangkan tingkahlaku dan persepsi pelajar terhadap acara jualan ini dan juga subjek MGT315. Keputusan menunjukkan minat terhadap keusahawanan bagi sebahagian pelajar telah sedia wujud dan diperkuatkan lagi selepas acara ini berlangsung. Hasil dapatan menunjukkan acara Business Day ini berupaya meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengubah persepsi mereka sebagai pilihan kerjaya pada masa akan datang.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tajuddin, Norulhuda
alhudatajuddin583@pahang.uitm.edu.my
Mohd Zaki, Suhanom
suhanom@pahang.uitm.edu.my
Asmui, Mas'udah
mas_as@pahang.uitm.edu.my
Zulkofli, Adhwa Zulhilmi
adhwazulhilmi@gmail.com
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Business
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu
Event Dates: 4 November 2015
Page Range: pp. 182-191
Keywords: Keusahawanan, Kursus, Niat keusahawanan
Date: 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68061
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68061.PDF] Text
68061.PDF

Download (5MB)

ID Number

68061

Indexing

Statistic

Statistic details