Pelancongan di Malaysia: tinjauan corak motivasi dan ciri-ciri perjalanan pelancong tempatan pada hujung minggu di negeri-negeri terpilih / Mohd Roswodi Mat Zin and Kushairi Rashid

Mat Zin, Mohd Roswodi and Rashid, Kushairi (2008) Pelancongan di Malaysia: tinjauan corak motivasi dan ciri-ciri perjalanan pelancong tempatan pada hujung minggu di negeri-negeri terpilih / Mohd Roswodi Mat Zin and Kushairi Rashid. In: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research, 3 – 4 June 2008, M.S Garden Hotel Kuantan, Pahang.

Abstract

Kementerian Pelancongan telah merangka pelbagai dasar dan strategi untuk menggalakkan orang ramai terutamanya penjawat awam pergi melancong pada hujung minggu dengan pemberian cuti pada minggu pertama dan ketiga kemudiannya aplikasi sistem bekerja 5 hari di sektor awam. Dengan harapan, masa cuti tersebut digunakan untuk bersama keluarga menikmati tempat-tempat menarik. Namun krisis kenaikan harga minyak pasaran antarabangsa dan tempatan serta peningkatan kos sara hidup penduduk dijangka akan rnembantutkan usaha tersebut. Senario sebegini memberikan banyak tanda tanya kepada semua pihak terutamanya kepada penyelidik sama ada cuti tersebut digunakan untuk melancong atau hanya berehat bersama keluarga di rumah? Mengikut teori, motivasi pelancong boleh wujud dalam pelbagai tujuan seperti pendidikan dan kebudayaan, menikmati sesuatu yang lain daripada kebiasaan, keagamaan, aktiviti sukan, bisnes, kesihatan, berjumpa kawan dan saudara, keluar dari masalah di bandar, menikmati rnakanan dan minuman, membeli-belah, aktiviti lasak malah banyak lagi. Melihat kepada keperluan tersebut penyelidikan corak motivasi dan ciri-ciri perjalanan oleh penjawat awam pada hujung minggu telah dijalankan. Dengan harapan penyelidikan ini dapat menjelaskan corak rnotivasi, ciri-ciri perjalanan, aktiviti masa lapang, destinasi pilihan dan pandangan serta komen pekerja di sektor awam pembangunan pelancongan di destinasi yang dilawati pada cuti hujung minggu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Zin, Mohd Roswodi
mohdr710@perak.uitm.edu.my
Rashid, Kushairi
kusha575@perak.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Proceedings STSS 2008
Event Title: Proceedings STSS 2008 Broadening Horizons Through Research
Event Dates: 3 – 4 June 2008
Page Range: pp. 111-116
Keywords: Motivasi pelancong, Pelancongan, Pelancong sektor awam
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68058
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 68058.PDF] Text
68058.PDF

Download (2MB)

ID Number

68058

Indexing

Statistic

Statistic details