Pantang larang tradisional di kalangan masyarakat melayu / Noor Hasimah M. Yacob … [et al.]

M. Yacob, Noor Hasimah and Wan Abdul Rahman, Nor Hawani and Yusop, Yuzainizam and Jamaluddin, Sabariah (2015) Pantang larang tradisional di kalangan masyarakat melayu / Noor Hasimah M. Yacob … [et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2015 Pelestarian Warisan Melayu Pencetus Penambahan Ilmu, 4 November 2015, Al-Biruni , UiTM Cawangan Pahang.
Abstract

Masyarakat Melayu merupakan golongan masyarakat yang kaya dengan adat resam, petua dan pantang larang yang sejak turun temurun telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka. Mereka hidup berpegangkan kepercayaan ini dan ia dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Kertas kerja ini adalah bersifat kertas kerja konsep berkenaan dengan pantang larang yang diamalkan di dalam masyarakat melayu. Ia bertujuan untuk mendalami pelbagai jenis pantang larang yang diamalkan dan seterusnya melihat unsur-unsur nilai murni dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh pantang larang tersebut. Ia juga bertujuan untuk menilai sama ada ia masih relevan atau tidak di dalam kehidupan masyarakat melayu moden ini. Hasil daripada penelitian menunjukkan amalan pantang larang tersebut mempunyai nilai-nilai murni dan pengajaran yang baik kepada masyarakat. Ada di antara pantang larang tradisional ini dilihat masih lagi relevan dan boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian dalam masyarakat melayu moden masakini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 67943.PDF]
Text
67943.PDF
Download (5MB)
Indexing & Metrics