Amalan gaya hidup sihat serta pola aktiviti fizikal pelajar lelaki tingkatan 5 di SMK Bandar Banting, Selangor / Rohizam Rastam

Rastam, Rohizam (2022) Amalan gaya hidup sihat serta pola aktiviti fizikal pelajar lelaki tingkatan 5 di SMK Bandar Banting, Selangor / Rohizam Rastam. Gading Journal for Social Sciences, 25 (2): 6. pp. 63-72. ISSN 2600-7568

Abstract

Amalan gaya hidup sihat merujuk kepada amalan atau tabiat yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Gaya hidup sihat berasaskan kepada kegiatan fizikal yang aktif yang membawa kepada nilai kesihatan yang positif. Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan gaya hidup sihat serta pola aktiviti fizikal pelajar lelaki tingkatan 5 di SMK Bandar Banting, Kuala Langat, Selangor. Peserta kajian adalah terdiri daripada seramai 150 orang pelajar lelaki tingkatan 5. Daripada 150 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 112 yang dikembalikan. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk soal-selidik menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada soal selidik aktiviti fizikal antarabangsa (IPAQ) versi ringkas Bahasa Malaysia. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan adalah bahawa tidak ramai pelajar lelaki tingkatan 5 di SMK Bandar Banting Selangor, aktif minima berdasarkan 3 hari atau lebih setiap minggu daripada aktiviti berat untuk sekurang-kurangnya 20 minit atau lebih setiap hari. Walau bagaimanapun, hampir separuh daripada pelajar-pelajar ini adalah cukup aktif, berdasarkan 5 hari atau lebih aktiviti sederhana setiap minggu dan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih setiap hari. Hasil kajian ini juga memberi kesimpulan bahawa kelaziman tidak aktif fizikal di kalangan pelajar lelaki tingkatan 5 di SMK Bandar Banting, Kuala Langat adalah tidak tinggi iaitu hanya 33 peratus. Walau bagaimanapun ia perlu perhatian yang lebih serius supaya kadar ketidak aktifan ini dapat dikurangkan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rastam, Rohizam
enrohizam@gmail.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: Others > GADING
ISSN: 2600-7568
Volume: 25
Number: 2
Page Range: pp. 63-72
Keywords: IPAQ, Aktiviti fizikal, Gaya hidup sihat
Date: July 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67904
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67904.pdf] Text
67904.pdf

Download (307kB)

ID Number

67904

Indexing

Statistic

Statistic details