Kepentingan lataif quraniyyah dalam pembangunan jati diri dan adab di era endemik COVID-19 / Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi and Nurul Adillah Mohammad Tormizi

Mohammed Zabidi, Ahmad Fakhrurrazi and Mohammad Tormizi, Nurul Adillah (2022) Kepentingan lataif quraniyyah dalam pembangunan jati diri dan adab di era endemik COVID-19 / Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi and Nurul Adillah Mohammad Tormizi. Gading Journal for Social Sciences, 25 (2): 5. pp. 51-62. ISSN 2600-7568
Abstract

Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan di seluruh dunia iaitu pembelajaran jarak jauh menggunakan teknologi digital tanpa kehadiran fizikal. Pastinya norma baharu ini memberi kesan pada aspek nilai-nilai kemanusiaan apabila segala urusan pembelajaran digantikan dengan pelbagai peranti. Sebagai Muslim yang meyakini sumber agama, al-Quran kekal relevan menghidangkan penyelesaian manusia sejak berzaman. Kemunculan wacana Lataif Quraniyyah sebagai konsep baharu dalam tadabbur al-Quran yang menyentuh aspek nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian dilihat membantu manusia menghadapi cabaran ini. Artikel ini bertujuan mendedahkan konsep Lataif Quraniyyah yang mencungkil rahsia-rahsia disebalik ayat al-Quran sehingga mendorong manusia melihat dengan pandangan hati bahawa semua yang berlaku dibawah pentadbiran Allah Ar-Rahman. Impaknya, manusia akan memakai 'pakaian' redha dan baik sangka dengan Allah sehingga terpantul sifat ithar dan menyantuni dengan penuh adab sesama manusia meskipun hanya dihubungkan dengan teknologi digital.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 67901.pdf]
Text
67901.pdf
Download (191kB)
Indexing & Metrics