Konsep adab melalui strategi pembelajaran heutagogi dan mediamorphosis di institusi pengajian tinggi / Ruzainim Mohd Zelani … [et al.]

Mohd Zelani, Ruzainim and Mohd Borhan, Norhapizah and Masriman, Ainun Izzati and Abdul Rahim, Tijan (2022) Konsep adab melalui strategi pembelajaran heutagogi dan mediamorphosis di institusi pengajian tinggi / Ruzainim Mohd Zelani … [et al.]. Gading Journal for Social Sciences, 25 (2): 3. pp. 19-35. ISSN 2600-7568
Abstract

Penularan wabak Covid-19 memberikan impak terhadap sektor pendidikan negara. Ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di semua Institusi Pendidikan Tinggi ditangguhkan. Inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan semua aktiviti (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian. Arahan ini menekankan strategi heutagogi iaitu pembelajaran penentuan kendiri menggunakan mediamorphosis (peranti teknologi digital). Melihat kepada situasi semasa, keperluan (PdP) menggunakan pendekatan heutagogi dan mediamorphosis ini amat mengutamakan elemen adab seseorang pelajar. Persoalannya, bagaimanakah pelajar mempraktikkan adab semasa pembelajaran secara penentuan kendiri mereka? Seterusnya, apakah aspek yang menjadi fokus dalam pengajaran berasaskan strategi heutagogi-mediamorphosis? Akhirnya, kajian ini akan merumuskan elemen-elemen adab untuk dipraktikkan oleh pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melakukan kajian sistematik literatur mengenai konsep adab melalui strategi pembelajaran heutagogi dan mediamorphosis di Institusi Pengajian Tinggi. Proses tinjauan merangkumi metodologi utama yang dipandu oleh ROSES, strategi pencarian sistematik berdasarkan pengenalan, penyaringan artikel diikuti dengan penilaian kualiti serta pengekstrakan dan analisis data. Artikel ini menggunakan tiga pangkalan data iaitu, MyCite, DOAJ dan ERIC. Kesimpulannya, 37 artikel yang terpilih ini diharapkan dapat menyumbang kepada pemahaman dan pengetahuan tentang konsep adab yang dipraktikkan oleh pelajar melalui strategi pembelajaran heutagogi dan mediamorphosis di Institusi Pengajian Tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 67887.pdf]
Text
67887.pdf
Download (363kB)
Indexing & Metrics