Sistem i-Clearance / Noor Sharulniza Sau Hamid … [et al.]

Sau Hamid, Noor Sharulniza and Amron, Mohd Talmizie and Aziz, Noor Suryani and Wan Awang, Wan Zarinah and Mazlan, Nur Izzati (2012) Sistem i-Clearance / Noor Sharulniza Sau Hamid … [et al.]. In: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth. Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 98. (Unpublished)

Abstract

Proses clearance adalah satu proses wajib yang dilakukan oleh pelajar sebagai mengesahkan status tamat pengajian sebelum mereka menghadiri istiadat konvokesyen. Proses pengesahan ini melibatkan beberapa bahagian dan unit di UiTM seperti Unit Pengurusan Kolej / NR, Polis Bantuan, Perpustakaan, Unit Ko-kurikulum, Bendahari dan Bahagian Hal Ehwal Akademik. Pengesahan ini adalah bertujuan untuk memastikan pelajar bebas daripada sebarang denda dan saman yang dilakukan sepanjang tempoh pengajian. Proses pengesahan yang perlu dilakukan oleh pelajar melibatkan beberapa peringkat iaitu hadir ke pejabat HEA, ke bahagian dan unit-unit terlibat dan kembali ke pejabat HEA untuk menyerahkan semua borang clearance sebagai bukti pengesahan. Proses yang banyak dan memakan masa yang panjang ini membebankan para pelajar sehingga menyebabkan mereka mengabaikan proses clearance ini. Disamping itu, kos yang terpaksa ditanggung oleh pelajar untuk kembali ke kampus bagi tujuan tersebut menyebabkan ramai di antara mereka mengambil jalan mudah untuk tidak melakukan proses ini. Sistem clearance secara atas talian (online) dicadangkan untuk memudahkan urusan pengesahan status tamat pelajar dimana, bahagian/unit yang terlibat hanya perlu memasukkan maklumat pelajar yang mempunyai rekod denda dan saman sahaja ke dalam sistem. Pelajar hanya perlu akses laman web i-Clearance untuk menyemak status pengesahan tamat mereka dan jika mereka tidak mempunyai sebarang rekod saman dan denda, mereka boleh terus membuat clearance secara online tanpa perlu hadir ke kampus. Sistem ini membolehkan urusan clearance dikaunter dapat dikurangkan, kos operasi mencetak borang clearance diminimakan, kos perjalanan, penginapan dan makan minum ketika di kampus dapat dimansuhkan dan sekali gus meningkatkan peratusan pelajar tamat yang membuat clearance kerana keselesaan dan penjimatan yang disediakan oleh UiTM memudahkan urusan mereka

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sau Hamid, Noor Sharulniza
UNSPECIFIED
Amron, Mohd Talmizie
UNSPECIFIED
Aziz, Noor Suryani
UNSPECIFIED
Wan Awang, Wan Zarinah
UNSPECIFIED
Mazlan, Nur Izzati
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka
Event Title: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth
Event Dates: 7-8 November 2012
Page Range: p. 98
Keywords: Proses clearance; Status tamat pengajian; Sistem clearance secara atas talian; UiTM; Istiadat konvokesyen
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67524
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
67524.pdf

Download (977kB)

ID Number

67524

Indexing

Statistic

Statistic details