Bengkel Penjanaan Jadual Waktu Kuliah Sesi Mac-Ogos 2022 / Normaziah Abdul Rahman and Haslinda Noradzan

Abdul Rahman, Normaziah and Noradzan, Haslinda (2022) Bengkel Penjanaan Jadual Waktu Kuliah Sesi Mac-Ogos 2022 / Normaziah Abdul Rahman and Haslinda Noradzan. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Bengkel Penjanaan Jadual Waktu Kuliah bagi semua pensyarah dan pelajar di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dijalankan pada setiap semester sebelum sesi pengkuliahan bermula. Bengkel ini diadakan selama seminggu dengan objektif utamanya untuk membolehkan jadual waktu kuliah dapat dijana, seterusnya melancarkan proses pendaftaran kursus pelajar dan kelangsungan sesi akademik bagi semester akan datang. Penjanaan jadual waktu kuliah ini melibatkan ketiga-tiga fakulti di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Seremban iaitu Fakulti Sains Komputer Dan Matematik (FSKM), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). Jadual waktu kuliah yang dijana ini melibatkan semua pelajar dari 5 program diploma dan 10 program ijazah sarjana muda yang ditawarkan. la turut melibatkan penjanaan jadual waktu kuliah bagi pensyarah bagi setiap fakulti dan jabatan termasuk kod kursus yang ditawarkan oleh fakulti lain seperti Akademi Pengajian Bahasa, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Undang-undang dan juga Unit Ko-kurikulum yang berada di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Proses penjanaan jadual waktu kuliah dibuat dengan kerjasama daripada ahli jawatankuasa yang dilantik mewakili setiap fakulti, jabatan dan unit. la bertujuan memastikan agar jadual waktu kuliah yang dijana adalah memenuhi keperluan kod-kod kursus terlibat dan bersesuaian dengan keperluan dan kekangan pensyarah di fakulti atau jabatan masing-masing.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Normaziah
UNSPECIFIED
Noradzan, Haslinda
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: Bulletin APB Edisi 8
ISSN: 2682-7948
Keywords: Bengkel, Jadual Waktu Kuliah, FSKM, FSPPP, FSR, BHEP
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/67255
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 67255.pdf] Text
67255.pdf

Download (265kB)

ID Number

67255

Indexing

Statistic

Statistic details