Language festival 4.0 / Siti Nur Dina Mohd Ali

Mohd Ali, Siti Nur Dina (2021) Language festival 4.0 / Siti Nur Dina Mohd Ali. Bulletin APB Edisi 7. ISSN 2682-7948

Abstract

Festival Bahasa merupakan sebuah program akademik anjuran Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTM CNS), Kampus Kuala Pilah bagi mempertingkatkan pengetahuan bahasa dalam kalangan pelajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan. Program ini dilaksanakan pada setiap semester yang mana ia merupakan program kolaborasi di antara Eagles English Club (EAGLES) dan Persatuan Bahasa Arab UiTM Kampus Kuala Pilah. Penganjuran program ini merupakan rentetan daripada program Festival Bahasa 3.0 yang telah diadakan secara dalam talian buat julung kalinya pada semester lepas di mana Persatuan Bahasa Arab merupakan teraju utama. Kelab Bahasa Inggeris UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah (EAGLES) di bawah pimpinan Puan Siti Nur Dina Haji Mohd Ali dan Puan Nurulnabilah binti Abdul Aziz bersama dengan ahli jawatankuasa kelab di bawah pimpinan Muhammad Ikram bin Latif, selaku pengarah program telah menjadi teraju utama bagi program Festival Bahasa 4.0 pada kali ini. Program ini turut dijayakan oleh Puan Norshida Hashim dan Puan Syahirah Almuddin selaku penasihat Persatuan Bahasa Arab yang bertindak sebagai penyelaras bersama bagi festival bahasa ini khususnya bagi aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan Bahasa Arab.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ali, Siti Nur Dina
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Bulletin APB Edisi 7
ISSN: 2682-7948
Keywords: Language festival, Akademi Pengajian Bahasa, UiTM
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66980
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66980.pdf] Text
66980.pdf

Download (3MB)

ID Number

66980

Indexing

Statistic

Statistic details