Ketidakjujuran akademik di IPT / Irma Ahmad

Ahmad, Irma (2021) Ketidakjujuran akademik di IPT / Irma Ahmad. Bulletin APB, 7. ISSN 2682-7948
Abstract

Sejak kebelakangan ini, masalah ketidakjujuran akademik samada penipuan atau plagiat kerap diperkatakan malah menimbulkan kebimbangan di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Isu berkaitan plagiarisme dan penipuan akademik ini boleh menjejaskan tahap integriti sesebuah institusi pengajian tinggi. Kebarangkalian ahli akademik dalam sesebuah institusi pengajian tinggi untuk terlibat dengan plagiarisme adalah tinggi sama ada di kalangan mahasiswa atau pensyarah. Menurut Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2006), plagiarisme didefinisikan sebagai “mencuri idea seseorang, atau laporan yang ditulis tanpa memberi sebarang penghargaan (kredit) yang sesuai terhadap sumbangan yang diberikan oleh orang itu adalah mencuri hak orang.” Aktiviti menyalin artikel asal, menukar atau mengubah beberapa perkataan dan mempersembahkan hasil penulisan sebagai hak milik persendirian turut dikategorikan sebagai aktiviti plagiat dan merupakan satu kegiatan yang tidak beretika dan menyalahi undang- undang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66944.pdf]
Text
66944.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics