Jamuan Tahunan JSG / Nor Aimi Abdul Wahab

Abdul Wahab, Nor Aimi (2019) Jamuan Tahunan JSG / Nor Aimi Abdul Wahab. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan.
Identification Number (DOI): Bil 01
Abstract

Jamuan Tahunan Jabatan Sains Gunaan telah diadakan pada 5 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyurat Jabatan Sains Gunaan. Penganjuran jamuan tahunan ini bertujuan untuk meraikan semua staf Jabatan Sains Gunaan serta mengeratkan silaturrahim di antara staf melalui komunikasi yang lebih santai dan tidak formal. Majlis Jamuan Tahunan JSG ini dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan serta ucapan penghargaan dari Koordinator JSG, Dr Muzafa Mohd Jumidali. Ucapan penghargaan diberikan atas usaha dan khidmat yang telah diberikan oleh staf JSG sepanjang tahun 2017. Antara pengisian dalam Jamuan JSG kali ini adalah sambutan Hari Lahir Staf yang diraikan melalui acara memotong kek. Selain daripada itu, pemberian cenderahati kepada staf juga diadakan bagi menghargai khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tahun. Majlis ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah serta kasih sayang di antara staf JSG selain dapat meningkatkan indeks kegembiraan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66831.pdf]
Text
66831.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics