Program kemasyarakatan: Inisiatif sesama insan APB UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban / Nur Hakimah Md Sallehuddin

Md Sallehuddin, Nur Hakimah (2020) Program kemasyarakatan: Inisiatif sesama insan APB UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban / Nur Hakimah Md Sallehuddin. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.
Abstract

Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan ujian dan cabaran di seluruh dunia. Pandemik Covid -19 telah memberi kesan yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia. Sektor ekonomi merupakan sektor yang paling teruk terjejas, ditambah pula, tahun 2020 kini telah pun masuk ke suku terakhir tahunan di mana tibanya musim tengkujuh di Malaysia dan telah berlaku musibah banjir di beberapa negeri khususnya di daerah- daerah Negeri Sembilan. Program Inisiatif Sesama Insan ini diadakan adalah bertujuan untuk mengutip sumbangan kewangan dan barang keperluan dalam kalangan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB) untuk diagihkan kepada mangsa banjir melalui wakil APB kepada wakil penduduk di kawasan yang terjejas. Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada sukarelawan untuk turun padang dan bersama-sama menjalankan misi mengagihkan bantuan keperluan kepada mangsa banjir serta menyumbang khidmat kepada masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66693.pdf]
Text
66693.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics