Muafakat membawa berkat / Mohamed Syazwan Osman

Osman, Mohamed Syazwan (2020) Muafakat membawa berkat / Mohamed Syazwan Osman. Bulletin. Faculty of Chemical Engineering.
Identification Number (DOI): Bil 13
Abstract

Universiti harus menjadi satu platform pengembangan ilmu yang bukan sahaja bersifat teori, malah harus dikembangkan dalam aspek praktikalnya. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan dan menggalakkan penyelidikan yang bersifat rentas bidang (multi-disciplinary) yang berimpak.
Mengambil inspirasi di atas dan dasar agromakanan negara yang menekankan peningkatan hasil kecukupan makanan melalui suntikan teknologi, maka Fakulti Kejuruteraan Kimia telah memulakan inisiatif yang diberi nama "Projek Akuaponik Lestari". Projek yang dimulakan oleh pelajar projek tahun akhir dan dibantu ahli persatuan pelajar kejuruteraan kimia (ChESS) yang dibimbing dan diketuai oleh En. Mohamed Syazwan Osman. Konsep projek ini adalah penternakan ikan keli dan sayur organik dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menekankan konsep teknologi hijau dan kelestarian. Projek ini akan turut disumbang komponen nya oleh semua fakulti yang ada di UiTMCPP ini mengikut kepakaran masing-masing yang diterajui oleh FKK.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66268.pdf]
Text
66268.pdf
Download (702kB)
Indexing & Metrics