Kecenderungan penggunaan barangan cenderahati daripada perak di kalangan masyarakat Kelantan / Zuraida Yusof

Yusof, Zuraida (2001) Kecenderungan penggunaan barangan cenderahati daripada perak di kalangan masyarakat Kelantan / Zuraida Yusof. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.

Abstract

Kajian ini menyentuh mengenai kecenderungan cenderahati daripada perak di kalangan masyarakal Kelantan yang dilihat dari segi perkembangan industri tersebut. Ini adalah kerana terdapat pelbagai tanggapan yang dibuat apabila dikatakan permintaan terhadap barangan cenderahati perak ini kurang mendapat sambutan sama ada dalam organisasi kerajaan mahupun swasta serta orang
perseorangan terutama di kalangan masyarakat Kelantan. Oleh itu kajian ini mengkaji sejauh mana kebenarannya disebalik tanggapan yang dibuat dan turut meninjau apakah faktor-faktor yang menyebabkan industri ini dikatakan lesu. Ekoran daripada tu, banyak maklumak diperlukan yang mana berkaitan dengan kajian ini harus dikumpulkan kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah daripada kajian-kajian lampau yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu untuk dijadikan panduan berkenaan kajian ini. Disamping itu, maklumat-maklumat lain juga turut diperlukan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah data prima yang diperolehi dengan melakukan temubual terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pengusaha dan petukang perak, sektor awam dan kerajaan serta pekedai dan pengguna di sekitar negeri Kelantan. Kaedah kedua yang digunakan ialah kaedah data sekunder yang mana maklumat penggunaan barangan diperolehi daripada kaedah pembacaan. Pengumpulan data-data maklumat daripada pelbagai sumber ini adalah perlu untuk menjawab setiap persoalan yang dikemukakan.
Hasil daripada kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa faktror mempengaruhi pengguna dalam pemilihan barangan cenderahati. Oleh itu penyediaan jadual-jadual bagi membuat analisa tentang data-data tersebut adalah perlu bagi memperolehi maklumat yang tersusun. Antara faktor yung memainkan peranan besar dalam mempengaruhi pengguna dalam pemilihan tersebut ialah faktor reka bentuk
barangan tersebut disamping harga, saiz dan bahan yang digunakan. Disamping itu juga urut dikaji sambutan masyarakat terhadap barangan cenderahati perak ini yang mana turut mempengaruhi perkembangan industri ini. Jika dilihat dari segi pengeluaran barangan ini pula, ia senang diperolehi terutamannya di Kelantan yang merupakan negeri yang terbesar mengeluarkan barangan perak khususnya. Namun demikian, permintaan terhadap harangan ini, kini berada di tahap sederhana sahaja. Oleh itu, pihak-pihak tertentu sama ada sektor swasta atau kerajaan haruslah memaklum peranan bagi meningkatkan lagi permintaan terhadap barangan cenderahati perak agar terus berkembang memperkenalkan barangan ini di mata dunia dan menyedarkan masyarakat dalam menilai kehalusan dan kesenian budaya Melayu yang tiduk ternilai harganya. Kemegahan seni ukiran barangan perak harus dibanggakan oleh masyarakat Melayu yang mana melambangkan keperibadian dan identiti Melayu.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusof, Zuraida
97402864
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Che Mat, Nik Abdullah Zawawi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork
N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus
Keywords: cenderahati, perak, masyarakat Melayu, Kelantan, kehalusan dan kesenian
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66242
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66242.pdf] Text
66242.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66242

Indexing

Statistic

Statistic details