Penerimaan masyarakat melayu ke atas motif kerongsang / Elsa Majmiza Murad Khan

Murad Khan, Elsa Majmiza (2001) Penerimaan masyarakat melayu ke atas motif kerongsang / Elsa Majmiza Murad Khan. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Kelantan.
Abstract

Masyarakat Melayu terkenal dengan kolcksi barang kemas yang memaparkan keindahan, keunikan serta kehalusan proses pembuatannya. Beberapa bentuk perhiasan diri yang tidak kurang pentingnya ialah kerongsang. Rupa bentuk kerongsang ini selalunya menggambarkan motif tumbuhan, daun, putik atau kelopak bunga, sayap unggas, rerama, burung dan sebagainya. Kerongsang memperlihatkan fungsi gunaannya sebagai penyemat pada pakaian Perhiasan ini dikatogerikan sebagai sejenis perhiasan diri dari emas dan lain lain yang disematkan pada dada baju. Kerongsang disematkan pada belahan baju kebaya labuh disusun tiga sederet atau saling berangkai antara satu sama lain iaitu satu kerongsang ibu dan dua kerongsang anak. Walaubagaimanapun, masa kini penggunaan kerongsang lebih kepada hiasan pada pakaian semata - mata. Oleh itu berlaku perubahan kepada motif kerongsang menjadikannya lebih menarik untuk digayakan. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana masyarakat Melayu dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas motif kerongsang serta untuk melihat penerimaan masyarakat Melayu ke atas motif kerongsang moden dan kerongsang tradisi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66190.pdf]
Text
66190.pdf
Download (933kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics