Orang Asli: pemodenan, masalah dan cabaran di Kelantan: kajian kes di Rancangan Pengumpulan Semula Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan / Muhammad Saiful Zaman Mansor … [et al.]

Mansor, Muhammad Saiful Zaman and Yasok, Abdullah and Wan Abdul Aziz, Wan Roslina and Wan Ismail, Wan Maheran (1998) Orang Asli: pemodenan, masalah dan cabaran di Kelantan: kajian kes di Rancangan Pengumpulan Semula Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan / Muhammad Saiful Zaman Mansor … [et al.]. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan pemodenan yang telah dinikmati oleh masyarakat orangg asli di Rancangan Pengumpulan Semula Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang. Kelantan hasil program-program atau rancangan-rancangan yang telah dijalankan oleh agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Tenaga Nasional Berhad dan Kelantan Water (M) Sdn. Bhd. Turut diketengahkan masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi terlibat di dalam memberikan kemudahan pembangunan kepada masyarakat orang asli serta cabaran yang dihadapi di dalam usaha membangunkan masyarakat orang asli yang rata-ratanya masih berpegang kuat kepada adat-resam dan pantang-larang. Seramai 180 responden yang dipilih berdasarkan 10 orang bagi setiap kampung yang terdapat di kawasan rancangan ini. Terdapat 18 buah kampung yang dikategorikan sebagai termasuk dalam Rancangan Pengumpulan Semula Kuala Betis. Maklumat telah dikumpulkan melalui temubual ke atas responden yang kemudiannya diadaptasikan ke dalam borang kaji selidik yang disediakan oleh penyelidik. Ini adalah kerana tahap pendidikan masyarakat orang asli yang masih rendah dan tidak mampu membaca dengan baik bahkan ada yang tidak dapat langsung membaca. Kajian ini mendapati bahawa pemodenan orang asli di kawasan rancangan ini agak mudah diterima masuk setelah mengambilkira pantang-larang dan adat-resam mereka. Walaubagaimanapun tidak begitu banyak pemodenan yang dilakukan lantaran campurtangan politik serta konflik kepentingan keuntungan yang boleh diperolehi jika dilaburkan di kawasan ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mansor, Muhammad Saiful Zaman
93615827
Yasok, Abdullah
93616098
Wan Abdul Aziz, Wan Roslina
93615603
Wan Ismail, Wan Maheran
93251126
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Shapiin, Mohd. Nor
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology > Indigenous peoples. Threatened societies
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnic groups
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Orang Asli, pemodenan, pendidikan, Rancangan Pengumpulan Semula Kuala Betis
Date: March 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66110
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 66110.pdf] Text
66110.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

66110

Indexing

Statistic

Statistic details