Projek Kemasin Semerak (PERKASA): peranan dan sumbangan dalam pembangunan sosio ekonomi penduduk setempat / Hj Hashim Ismail ...[et al.]

Ismail, Hj Hashim and Hassan, Hj Zakaria and Hassan, Mat Seno and W. Hussin, W. Zailan and Che Him, Kamariah (1998) Projek Kemasin Semerak (PERKASA): peranan dan sumbangan dalam pembangunan sosio ekonomi penduduk setempat / Hj Hashim Ismail ...[et al.]. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Kertas Projek ini bertajuk "Projek Kemasin Semerak (PERKASA) : Peranan dan masalah dalam pembangunan sosio ekonomi penduduk setempat." Melalui kertas projek ini penyelidik cuba menyingkap sebanyak mungkin peranan sebenar yang dimainkan oleh PERKASA untuk membantu penduduk terutamanya golongan petani berubah dari segi taraf hidup melalui penyusunan semula aktiviti pertanian dan kegiatan-kegiatan lain lain yang boleh menyumbang kepada peningkatan pendapatan. Bersesuaian dengan tujuan PERKASA diwujudkan, para penyelidik cuba menyingkap sedalam mungkin peranan sebenar yang telah dimainkan oleh PERKASA didalam sumbangannya mengubah nasib para penduduk
terutamnya petani melalui projek-projek yang dijalankan untuk meningkatkan pendapatan petani dikawasan seliaan. Melaui kertas projek
ini juga penyelidik ingin melihat sejauhmana keberkesanan projek-projek yang telah dibangunkan oleh PERKASA dikawasan-kawasan terlibat
bertujuan untuk mencari sejauhmanakah projek-projek ini telah berjaya mengubah atau setidak-tidaknya membawa keluar penduduk-penduduk
dikawasan seliaan dari paras kemiskinan. Melalui kajian ini juga para penyelidik cuba membuat perbandingan taraf sosio ekonomi penduduk
dikawasan kajian sebelum dan selepas penubuhan PERKASA. Adalah diharapkan melalui saranan-saranan yang dikemukan melalui kertas projek
ini akan lebih memantapkan aktiviti-aktiviti PERKASA dimasa akan datang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 66095.pdf]
Text
66095.pdf
Download (941kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics