UiTM Cawangan Kelantan – Haiphong University meterai MoU jalin kerjsama dalam pelbagai bidang

UiTM Cawangan Kelantan, Unit Komunikasi Korporat (2021) UiTM Cawangan Kelantan – Haiphong University meterai MoU jalin kerjsama dalam pelbagai bidang. UiTM MoU / MoA. (In Press)
Abstract

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) secara maya antara Universiti Teknologi MARA dan Haiphong University, Vietnam telah berjaya dimeterai pada hari Rabu, 10 November 2021. Memorandum persefahaman ini merupakan hasil inisiatif antara Universiti Teknologi MARA dan Haiphong University, Vietnam, sebuah universiti pelbagai disiplin yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang terletak di Bandar Hai Phong, bahagian Pantai Utara, Negara Vietnam. Haiphong University merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kebolehan dalam bidang akademik dan penyelidikan di negara Vietnam. Sebagai usaha berterusan, universiti tersebut telah mengadakan pelbagai kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan negara Vietnam dan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara untuk mewujudkan hubungan erat dan kerjasama dalam bidang akademik, budaya dan penyelidikan berimpak tinggi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of UiTM MoU / MoA]
Text (UiTM MoU / MoA)
66091.pdf - Published Version
Download (209kB)
Indexing & Metrics