Perancang keluarga dalam konteks pengurusan rumah tangga / Zulkarnain Yusoff

Yusoff, Zulkarnain (1998) Perancang keluarga dalam konteks pengurusan rumah tangga / Zulkarnain Yusoff. GADING Jurnal ITM Cawangan Pahang, 4 (1): 1. pp. 1-9. ISSN 0128-5599
Abstract

Perancang keluarga secara umumnya difahami sebagai apa-apa kegiatan atau usaha yang membawa kepada pencegahan daripada kehamilan atau mengandung. Ini merupakan satu tanggapan biasa masyarakat. Hakikatnya ia mempunyai pengertian yang luas dan boleh ditafsirkan dari berbagai aspek pemikiran. Namun begitu kadang-kadang penggunaan istilah itu sendiri menimbulkan tanggapan yang negatif dan salah faham terhadap konsep tersebut menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran masyarakat Islam. Ini ditambah pula dengan norma dan budaya Melayu serta nilai agama yang secara tradisinya bercanggah dengan amalan tersebut. Justeru, persoalan ini perlu ditangani dengan hati hati dan difahami secara bijaksana dan idea inilah yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini Oleh itu, pada dasarnya dua aspek utama yang menjadi objek perbincangan ialah amalan masa kini dan kedudukan atau konsep perancang keluarga itu dari sudut pandangan dan amalan Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65794.PDF]
Text
65794.PDF
Download (5MB)
Indexing & Metrics