Transkrip temubual bersama artis Roslan bin Salleh, mengenai perjalanannya dalam Industri Seni Lakonan / Siti Nur Nabihah Shammudin and Nurul Najihah Saiful Bahari

Shammudin, Siti Nur Nabihah and Saiful Bahari, Nurul Najihah (2021) Transkrip temubual bersama artis Roslan bin Salleh, mengenai perjalanannya dalam Industri Seni Lakonan / Siti Nur Nabihah Shammudin and Nurul Najihah Saiful Bahari. [Oral History] (Submitted)
Abstract

Transkrip ini memberi fokus kepada pengalaman serta perjalanan seorang artis seni tanah air yang memulakan kerjayanya sebagai pelakon dan juga kini dikenali sebagai artis veteran kerana sudah berkecimpung dalam bidang tersebut hampir 30 tahun sejak tahun 1987. Beliau merupakan salah seorang artis seni yang dikenali ramai oleh kerana bakat dan kemampuannya dalam pelbagai jenis lakonan yang dibawakan berjaya menarik beliau untuk terus kekal dalam industri lakonan sehinggalah beliau bersara pada tahun 2017. Dalam pada itu, kajian temubual ini dijalankan ada bertujuan untuk menyelidik sedikit latar belakang dan pengkisahan beliau daripada sebelum beliau mula berkecimpung dalam industri seni sehinggalah sekarang. Dapatan kajian yang dijalankan adalah sepenuhnya diperoleh daripada sumber lisan oleh Encik Roslan Salleh sendiri. Implikasi kajian adalah lebih cenderung kepada pelajar, anak seni sedia ada, dan para pengkaji. Adalah diharapkan supaya hasil kajian ini mampu menjadi sumbangan literasj ilmiah yang bermanfaat untuk digunakan dalam kajian ilmiah serta bahan rujukan bagi individu, kumpulan, dan organisasi tertentu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65446.pdf]
Text
65446.pdf
Download (8MB)
Indexing & Metrics