Alat saman serbaguna / Nazrah Harun

Harun, Nazrah (2005) Alat saman serbaguna / Nazrah Harun. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Sebagai sebuah negara maju, Malaysia berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dalam mempertingkatkan sektor dalam bidang yang boleh memberi pulangan atau keuntungan untuk ekonomi negara. Setanding dengan negara maju lain, Malaysia juga bergantung kepada hasil cukai daripada jabatan-jabatan kerajaan, salah satunya jabatan Penguatkuasa Undang-undang. Salah satunya adalah hasil cukai daripada hasil saman pesalah undang-undang jalan raya di Malaysia. Dalam satu hari, sebanyak 5,388 saman dikeluarkan kepada pesalah undang-undang jala raya.
Statistik ini menunjukkan betapa banyaknya hasil cukai yang dapat dikutip oleh kerajaan Malaysia. Tetapi, alat dan kaedah yang digunakan masih sama iaitu buku saman dan penulisan saman. Penguatkuasa Undang-undang akan menulis surat saman kepada pesalah undangundang jalan raya, dan menyatakan apakah kesalahan yang dilakukan, kemudian pesalah akan menyimpan surat saman tersebut. Kadang-kadang timbul masalah surat saman hilang, basah terkena air hujan atau sebagainya dan terkoyak. Sedangkan Malaysia mampu menggunakan teknologi tinggi dalam bidang lain. Teknologi dan penggunaan alatan canggih belum digunakan dalam proses pengeluaran saman sedangkan alat dan teknologi canggih mampu digunakan dalam proses pengeluaran saman. Sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan ini alat saman mengguna teknologi baru telah dipilih sebagai satu cara untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh pihak penguatkuasa undang-undang dan penerima saman. Diharapkan ciptaan ini dapat meningkatkan hasil pendapatan kerajaan di samping menyenangkan dan memberi kecekapan kepada pihak penguatkuasa undang-undang.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Harun, Nazrah
2002276629
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Saman, penguatkuasa undang-undang, kerajaan
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65299
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65299.pdf] Text
65299.pdf

Download (163kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

65299

Indexing

Statistic

Statistic details