Alat bantuan ketika berada di dalam hutan / Siti Zuliani Muhamed Salleh

Muhamed Salleh, Siti Zuliani (2005) Alat bantuan ketika berada di dalam hutan / Siti Zuliani Muhamed Salleh. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Perkhemahan merupakan salah satu daripada sektor pelancongan. Mereka melakukan perkhemahan bagi memenuhi masa lapang mereka. Perkhemahan sering dilakukan oleh orang ramai bertujuan untuk menghayati keindahan alam. Selain perkhemahan juga dilakukan oleh orang ramai kerana itu merupakan pekerjaan mereka. lni bertujuan untuk membantu pengunjung yang memerlukan bantuan mereka ketika berada di dalam hutan. Mereka memerlukan alat yang sesuai untuk membantu mereka melakukan aktiviti perkhemahan yang selalunya mengambil masa berhari-hari untuk menjelajah hutan. Mereka tidak hanya melakukan aktiviti 'jungle tracking' malah mereka melakukan pelbagai aktiviti yang lain di dalam hutan, seperti mengenali flora dan fauna. Pengunjung melakukan aktiviti ini juga untuk melepaskan tekanan kerja pada diri mereka. Walaupun aktiviti ini lasak tapi dapat dimanfaatkan oleh mereka. Aktiviti perkhemahan ini tidak sahaja dilakukan oleh para pengunjung untuk tujuan pelancongan. aktiviti perkhemahan ini juga dilakukan oleh renjer hutan untuk melakukan penyelidikan di dalam hutan. malah aktiviti ini juga dilakukan oleh anggota tentera dan polis untuk melakukan latihan mereka. Mereka juga melakukan perkhemahan di dalam hutan bukan hanya untuk latihan malahan bertujuan untuk mempertahankan Negara. Aktiviti ini sangat lasak dan berisiko tinggi untuk sesat di dalam hutan.
Di samping itu,alat ini dapat memantapkan lagi aktiviti ini dan seterusnya dapat menambah pendapatan Negara. Sebagai satu cara untuk mengatasi risiko sesat di dalam hutan dan menjadikan aktiviti ini sebagai sesuatu yang berilmiah, mereka memerlukan alat untuk membantu mereka ketika berada di dalam hutan dan di sini reka bentuk alat bantuan ketika berada di dalam hutan dapat membantu mereka menjawab keperluan ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamed Salleh, Siti Zuliani
2002131375
Subjects: T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Pelancongan, hutan, perkhemahan
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65287
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65287.pdf] Text
65287.pdf

Download (131kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

65287

Indexing

Statistic

Statistic details