Pelaksanaan komunikasi strategik daripada sudut pandang pengurusan komunikasi organisasi / Muhammad Zaiamri Zainal Abidin

Zainal Abidin, Muhammad Zaiamri (2022) Pelaksanaan komunikasi strategik daripada sudut pandang pengurusan komunikasi organisasi / Muhammad Zaiamri Zainal Abidin. Forum Komunikasi, 17 (1): 3. pp. 52-69. ISSN 0127-8991
Identification Number (DOI): 10.24191/fk.v17i1.2022_03
Abstract

Komunikasi strategik sering diertikan sebagai komunikasi bertujuan yang digunakan bagi mencapai tujuan dan matlamat yang dispesifik. Ini selari dengan keupayaannya mewujudkan komunikasi secara berkesan yang selari dengan tujuan dan matlamat penggunaannya. Situasi ini menjadikan komunikasi strategik begitu sinonim digunakan oleh organisasi bagi capaian misi dan matlamat. Bagi mendalami penggunaannya, artikel ini akan membincangkan komunikasi strategik daripada sudut definisi dan pelaksanaannya dalam konteks organisasi. Hal ini meliputi penjelasan berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi strategik dan bagaimanakah komunikasi strategik ini dilaksanakan terutama daripada sudut pandang organisasi. Perbincangan ini adalah berpandukan kepada pandangan sarjana dan dapatan kajian lepas terutamanya dalam bidang penyelidikan komunikasi strategik. Dapat dirumuskan bahawa komunikasi strategik sebagai amalan komunikasi bertujuan yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik dengan menekankan pemilihan pendekatan komunikasi yang bersesuaian serta menerapkan kelancaran menerusi tiga fasa iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian oleh organisasi. Ini menjadikan amalan komunikasi strategik begitu efektif dilaksanakan dalam membantu organisasi mencapai sesuatu tujuan dan matlamat yang spesifik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65181.pdf]
Text
65181.pdf
Download (292kB)
Indexing & Metrics