1 emas, 1 perak & 1 anugerah khas PPTnVIC2022 / Suhaiza Hasan and Nor Aimi Abdul Wahab

Hasan, Suhaiza and Abdul Wahab, Nor Aimi (2022) 1 emas, 1 perak & 1 anugerah khas PPTnVIC2022 / Suhaiza Hasan and Nor Aimi Abdul Wahab. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan.

Abstract

PERMATANG PAUH, 4 Februari 2022 - 2 Kumpulan Inovasi dari Program Pra Diploma Sains UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya merangkul 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 Anugerah Khas Ruby Prize dalam PPT National Virtual Innovation Competition 2022 (PPTnVIC2022). Kumpulan Inovasi ini telah dibimbing oleh tiga pensyarah daripada JSG iaitu Puan Suhaiza Binti Hasan, Puan Noorezal Atfiynna Mohd Napiah dan Cik Nor Aimi Abdul Wahab. Inovasi PdP PHY083 Brain Booster yang dianggotai oleh Muhammad Ehsan Bin Sayuti, Nurliyana Binti Mohd Nizam dan Husna Binti Basyaruddin telah berjaya merangkul pingat emas dan memenangi anugerah khas (Ruby Prize) yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250 daripada pihak penganjur. PHY083 Brain Booster merupakan satu inovasi yang dihasilkan bertujuan untuk membantu para pelajar Pra Diploma Sains untuk mengukuhkan daya ingatan dan konsentrasi dalam pembelajaran Fizik. Ia berbentuk latihan minda yang juga bertujuan untuk menimbulkan minat dalam menguasai asas ilmu Fizik. Manakala bagi inovasi Chemithon & Physicsthon pula, kumpulan ini disertai oleh Dayang Nur Fatin Nadhirah Binti Awang Damit, Alya Nurazmina Binti Abdul Hamed dan Nur Adriana Nisa Binti Mohd Fuad. Chemithon & Physicsthon merupakan satu teknik baharu yang menggabungkan aktiviti ulangkaji subjek Fizik dan Kimia dan aktiviti fizikal menjelang peperiksaan akhir. Projek ini telah memenangi pingat Perak.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasan, Suhaiza
UNSPECIFIED
Abdul Wahab, Nor Aimi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Jumidali, Mohd Muzafa
UNSPECIFIED
Chief Editor
Mohd Yusoff, Mohd Zaki
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Jabatan Sains Gunaan
ISSN: 2289-8964
Keywords: Buletin, Jabatan Sains Gunaan, UiTM
Date: 11 April 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65158
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65158.pdf] Text
65158.pdf

Download (257kB)

ID Number

65158

Indexing

Statistic

Statistic details