Menilai diri sendiri? / Nooraza Tukiran and Maziah Mohamed Arif

Tukiran, Nooraza and Mohamed Arif, Maziah (2022) Menilai diri sendiri? / Nooraza Tukiran and Maziah Mohamed Arif. ASPIRASI FPP. pp. 15-18. ISSN 2735-0525
Abstract

Makna mengenal diri sendiri ialah memahami dengan betul akan segala unsur dalam diri, iaitu unsur secara psikologi, fizikal, moral diri, potensi hingga sosial. Pada hakikatnya, kita sebagai manusia memiliki dua entiti, iaitu berkenaan dengan jasmani dan rohani. Secara jasmani, mungkin kita dapat mengetahui dan memahaminya, tetapi bagaimana secara rohani? Hal tersebut menunjukkan bahawa mengenal diri sendiri adalah tidak mudah. Memetik kata–kata Buya Hamka, “Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada ingin mengetahui keperibadian orang lain. Sebab itu, kenalilah dirimu sebelum mengenal peribadi orang lain.” Penting bagi seorang individu untuk mengenal diri sendiri supaya dapat memaksimumkan kemampuan diri dan menilai perkara yang harus ditingkatkan dalam diri. Mengenal diri sendiri adalah pintu bagi setiap orang untuk mengetahui apa sahaja yang diinginkan, apa yang harus dilakukan, bagaimana akan menjalani kehidupan dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65130.pdf]
Text
65130.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics