Transkrip temubual bersama Encik Shaharuddin bin Tambi, mengenai industri lakonan / Nurul Syuhada Md Sahar and Nurul Sakila Md Saleh

Md Sahar, Nurul Syuhada and Md Saleh, Nurul Sakila (2021) Transkrip temubual bersama Encik Shaharuddin bin Tambi, mengenai industri lakonan / Nurul Syuhada Md Sahar and Nurul Sakila Md Saleh. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini mengandungi rakaman temubual bersama seorang pelakon veteran tanah air iaitu Encik Shahruddin Thamby bagi berkongsi pengalaman, pandangan berkaitan dan seni lakonan tanah air selama lebih 30 tahun dalam industri. Sesi temubual dijalankan pada 22 November 2021 selama 2: 04: 00 jam secara bersemuka di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Kompleks Studio Merdeka, Ampang, Selangor. Soalan-soalan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama berorentasikan soalan berkenaan latar belakang tokoh untuk mengetahui serba sedikit mengenai diri tokoh sebagai sesi perkenalan. Bahagian kedua merupakan soalan-soalan umum berkaitan pandangan dan pendapat am tokoh mengenai industri lakonan tanah air. Bahagian ketiga pula lebih spesifik kepada kehidupan dan pengalaman tokoh sepanjang berkecimpung dalam dunai lakonan. Pada temubual ini, beliau berkongsi juga mengenai tips untuk kekal dalam dunia lakonan dan kejayaan beliau dalam industri lakonan. Melalui projek sejarah lisan ini, masyarakat diharapkan dapat lebih menghargai usaha-usaha tokoh pelakon veteran dalam industri hiburan tanah air.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 65100.pdf]
Text
65100.pdf
Download (9MB)
Indexing & Metrics