Umum: motivasi diri / Nooraza Tukiran and Maziah Mohamed Arif

Tukiran, Nooraza and Mohamed Arif, Maziah (2021) Umum: motivasi diri / Nooraza Tukiran and Maziah Mohamed Arif. ASPIRASI FPP, 1. pp. 39-42. ISSN 2735-0525

Abstract

Untuk berjaya, motivasi diri adalah satu perkara yang sangat penting dalam hidup dan dijadikan sebagai panduan. Kita perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri. Selain itu, kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau berada dalam masalah yang besar dan sukar untuk diselesaikan. Kita harus sentiasa berfikiran positif untuk meraih kejayaan. Di samping itu, kita juga perlu berusaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang-orang lain yang telah berjaya. Dengan cara ini, kejayaan akan dapat di capai dengan lebih lancar dan mudah. Terdapat pelbagai definisi untuk motivasi. Ianya bergantung kepada keadaan atau situasi yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan motivasi tersebut.
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris – “MOTIVATION”. Perkataan asalnya ialah “MOTIVE” yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada MOTIF, yang bermaksud TUJUAN. Biasanya di akhbar atau di televisyen kerap wartawan mengunakan ayat “motif penipuan”. Perkataan motif di sini boleh difahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu penipuan itu dilakukan. Oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif. Maka di sini motivasi boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang menggerakkan dan mengarah tuju seseorang dalam tindak-tanduknya sama ada secara negatif atau positif.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tukiran, Nooraza
UNSPECIFIED
Mohamed Arif, Maziah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0525
Volume: 1
Page Range: pp. 39-42
Keywords: Umum, Motivasi, positif
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65041
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65041.pdf] Text
65041.pdf

Download (672kB)

ID Number

65041

Indexing

Statistic

Statistic details