Aspirasi FPP: pencapaian fakulti / Dr. Wan Normila Mohamad

Mohamad, Dr. Wan Normila (2020) Aspirasi FPP: pencapaian fakulti / Dr. Wan Normila Mohamad. ASPIRASI FPP. pp. 49-50. ISSN 2735-0509

Abstract

Definisi: keinginan yang kuat (utk mencapai, meng- adakan, dll sesuatu), cita-cita: seperti yang ditegaskan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yang kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: terdapat jurang pemisah antara pemimpin yang berorientasikan Barat dengan umat yang rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Majalah Aspirasi adalah majalah sulung terbitan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Idea yang disuntik oleh Pn. Nur Fadhlina Zainal Abedin di dalam mesyuarat Jabatan FPP telah sebulat suara dipersetujui oleh semua pensyarah fakulti pada bulan Februari 2020. Fenomena Covid-19 dan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) yang bermula pada Mac 2020 telah membuka dan bakal menjadi lembaran sejarah kepada manusia di Abad ke21. Fenomena ini juga telah menjadi perintis kepada penulisan dan akhirnya penerbitan ASPIRASI FPP edisi pertama. Kerjasama dan komitmen seluruh warga fakulti amat memberangsangkan, tambahan pula kerja-kerja penerbitan ini dilakukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Hikmah PKP yang bakal menjadi titik sejarah kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) Kampus Seremban. Pihak fakulti amat berbesar hati dengan penglibatan Bahagian Perpustakaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang diterajui oleh Puan Wan Norizan Wan Mansor sehinggakan penerbitan majalah ini berjaya mendapat E-ISSN dan ISSN dari Perpustakaan Negara. ASPIRASI FPP akan diterbitkan sebanyak dua kali setahun iaitu Edisi Jun dan Edisi Disember. Sumbangan para akademia di Fakulti Pengurusan dan Perniagan Kampus Seremban yang terdiri daripada 19 orang Pensyarah Kanan dalam bidang ekonomi, kewangan dan pengurusan perniagaan dapat meningkatkan lagi kesarjanaan dan pembangunan kerjaya masing-masing.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Dr. Wan Normila
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: ASPIRASI FPP
ISSN: 2735-0509
Page Range: pp. 49-50
Keywords: Covid-19, Perintah Kawalan Keselamatan, PKP
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/65006
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 65006.pdf] Text
65006.pdf

Download (1MB)

ID Number

65006

Indexing

Statistic

Statistic details