Kenderaan untuk mengangkut hasil tangkapan dari jeti ke tempat penjualan / Nur Azrina Isnan

Isnan, Nur Azrina (2004) Kenderaan untuk mengangkut hasil tangkapan dari jeti ke tempat penjualan / Nur Azrina Isnan. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Pengangkutan adalah satu kemudahan yang dapat membantu manusia melakukan sesuatu aktiviti atau pekerjaan dengan lebih cepat, mudah dan selamat. Pengangkutan dalam sektor perikanan jarang mendapat perhatian dari segi keselamatan, kemudahan dan keselesaannya. Bagi membantu untuk mengurangkan masalah nelayan dan pekerja di sektor perikanan, suatu rekabentuk akan dihasilkan bagi memudahkan pengangkutan hasil tangkapan daripada jeti ke tempat penjualan. Peralatan yang digunakan pada masa kini banyak mendatangkan masalah kepada para pekerja dan seterusnya akan mempengaruhi kualiti kerja dan kualiti hasil tangkapan yang terjejas. Penggunaan peralatan yang tidak sesuai ini akan memberi kesan dalam jangka masa panjang kepada pekerja. Oleh itu, pengangkutan yang sesuai akan direkabentuk bagi menjamin kualiti kerja dan hasil tangkapan dalam sektor perikanan ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 64973.pdf]
Text
64973.pdf
Download (158kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Sg Petani, Kedah
Item Status
Processing
Indexing & Metrics