Audit penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (CHRA) / Azrinawati Mohd Zin and Nurul Izza Husin

Mohd Zin, Azrinawati and Husin, Nurul Izza (2022) Audit penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan (CHRA) / Azrinawati Mohd Zin and Nurul Izza Husin. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan.

Abstract

Audit Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan (CHRA) telah dilaksanakan pada 22 September 2021 bertempat di Makmal Kimia 3, Jabatan Sains Gunaan (JSG), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Audit yang berlangsung selama 3 jam tersebut telah dikendalikan oleh Pengapit yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) iaitu Encik Lim Boon Tik. Staf JSG yang turut serta dalam audit tersebut terdiri daripada Ts. Dr. Haslinda Abdul Hamid (Setiausaha Sub-JKKP JSG), Dr. Azrinawati Mohd Zin (Pengurus Makmal Kimia merangkap AJK Sub-JKKP JSG), Puan Rahimah Abdul Rahim (Penolong Pegawai Sains I) dan Puan Rosni Md Salleh (Penolong Pegawai Sains II).
Audit ini dilakukan bertujuan untuk melindungi pekerja daripada sebarang kesan sampingan akibat pendedahan kepada bahan kimia. Ini adalah merupakan salah satu tanggungjawab majikan seperti yang termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Audit ini merangkumi penaksiran risiko terhadap bahan kimia yang digunakan di tempat kerja seperti mengenalpasti, menilai dan mengawal sebarang risiko yang berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan kimia. Antara dokumen yang perlu disediakan untuk tujuan audit tersebut ialah daftar bahan kimia, data keselamatan bahan kimia (SDS), laporan pengujian kebuk wasap (LEV) serta pelan makmal.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zin, Azrinawati
UNSPECIFIED
Husin, Nurul Izza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Jumidali, Mohd Muzafa
UNSPECIFIED
Chief Editor
Mohd Yusoff, Mohd Zaki
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Jabatan Sains Gunaan
ISSN: 2289-8964
Keywords: Buletin, Jabatan Sains Gunaan, Uitm
Date: 11 April 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64927
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64927.pdf] Text
64927.pdf

Download (163kB)

ID Number

64927

Indexing

Statistic

Statistic details