Transkrip temubual bersama Puan Norliza binti Abdullah mengenai perjalanan hidup dalam industri seni / Nur Amira Solihan and Nur Suhaimah Mat Diah

Solihan, Nur Amira and Mat Diah, Nur Suhaimah (2021) Transkrip temubual bersama Puan Norliza binti Abdullah mengenai perjalanan hidup dalam industri seni / Nur Amira Solihan and Nur Suhaimah Mat Diah. Oral History Report. Fakulti Pengurusan Maklumat, Segamat.

Abstract

Transkrip ini membincangkan hasil temu bual pengalaman seorang tokoh artis veteran iaitu Liza Abdullah yang telah melibatkan diri beliau di dalam industri hiburan sejak muda lagi dek kerana minat beliau terhadap bidang nyanyian dan bakatnya yang tidak disangka-sangka dalam bidang lakonan membuatkan beliau masih kekal relevan dalam industri hiburan sehingga kini Beliau memulakan kerjaya seninya dengan bakat nyanyian yang telah diperolehi sejak kecil lagi, kemudian mengorakkan langkah beliau dengan menyertai bidang lakonan yang telah menjadikan beliau artis seni yang begitu berbakat sekali. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan kecaman yang perlu dihadapi sepanjang melibatkan dirinya dalam industri seni hiburan ini beliau tetap kuat dan cekal dalam mengharungi semua cabaran itu. Dengan usaha dan bakat yang ditunjukkan dalam penglibatannya sepanjang bergelar anak seni beliau telah menerima beberapa augerah yang akan menjadi ingatan dan kenangan manis dalam hidup beliau. Di samping itu, dalam menyentuh sedikit mengenai latar belakang tokoh yang telah banyak memberikan perkhidmatan dan pelbagai sumbangan dalam memartabatkan lagi industi seni hiburan di negara ini. Tambahan itu selaras dengan objektif kajian, temu bual ini dijalankan bagi mengupaskan mengenai pengalaman pahit, manis mahupun kejadian yang tidak boleh dilupakan yang pernah dihadapi oleh tokoh tersebut sepanjang bergelar anak seni. Selanjutnya, sepanjang projek sejarah lisan ini, turut terselit pengharapan kepada masyarakat di luar sana supaya menjadikan pengalaman hidup tokoh itu sebagai pengajaran dan panduan yang boleh memberi inspirasi di dalam kehidupan. Beliau turut meletakkan pengharapan kepada industri seni supaya mampu memberikan dan menghasilkan karya-kapya yang terbaik tidak kira dalam bidang lakonan ataupun nyanyian pada masa-masa yang mendatang.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Solihan, Nur Amira
2019230928
Mat Diah, Nur Suhaimah
2019219564
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Jamaluddin, Siti Noorsiah
UNSPECIFIED
Interviewee
Abdullah, Norliza
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Tokoh artis veteran; Industri hiburan; Industri seni; Tokoh; Artis; Nyanyian; Lakonan; Sejarah lisan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/64891
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 64891.pdf] Text
64891.pdf

Download (6MB)

ID Number

64891

Indexing

Statistic

Statistic details